Assalamualaikum. Hye guys!♥
Thank you sudi baca!💋
Read More >>
Kali ni Zeza bersiaran dari kampung sebelah suami di Ipoh. Macam biasalah, kalau balik kampung tak kiralah kampung belah Zeza atau belah suami, pasti kitorang tak lepaskan peluang untuk jalan-jalan cari makan. Ya Allah, makanan kenegerian ni kan dia punya sedap tu memberikan kegembiraan tau. Hahaha! Even makanan tu kat KL or kat mana-mana pun boleh dapat tapi maybe sebab feeling balik kampung tu kan, dia bagi feel lain macam sikit. Kegembiraan berganda begituhhhh..^^,
So pagi ni weols sekeluarga bersarapan di Gerai Roti Canai Ijam. Ada yang panggil Warung Roti Canai Ijam. Tak kisahlah mana-mana pun, yang pasti lokasinya adalah lokasi yang sama. Gerai ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Surau Ar-Rahman Taman Temara Sri Kinta di Ipoh Perak.
Tak jauh sangat dengan rumah MIL Zeza. So memang selalu jadi port kitorang bersarapan lah kat sini ni. Kat sini ada pelbagai jenis roti canai. Roti canai diorang ni lembut tau. Tapi garing di luar. Specialnya ia dicanai oleh anak-anak muda yang cukup berbakat. Bagus, muda-muda tebar roti cari rezeki. Roti Tampal Goyang dia pergh! Terbaik! Selain roti canai, ada juga makanan lain seperti nasi lemak dan lain2.
Zeza tak sempat nak snap gambar tapi Zeza ada rakam video pendek untuk tatapan korang. Makanan dah habis kena bedal baru teringat nak rakam video. Ya rabbana.. (tepuk dahi)..
So bagi yang berdekatan atau yang kebetulan datang ke Ipoh tu bolehlah mencuba ye. Okay sampai sini dulu entri JJCM Zeza hari ni. Next ada 1 lagi tempat makan best kat ipoh ni yang Zeza baru cuba semalam. Nanti zeza share dalam next entri k. Till then, bubai!😘