REVIEW : MCCH – Malaysia Comics & Cartoons House

Assalamualaikum. Hye guys!


Malaysia Comics & Cartoons House atau Rumah  Kartun & Komik Malaysia terletak di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur dan mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 1 April 2017. Galeri yang mengumpul lebih 500 karya seawal tahun 30-an ini dirasmikan oleh Ikon Kartunis Negara, Datuk Mohd. Noor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Majlis tersebut juga turut dimeriahkan oleh lebih 80 kartunis dari pelbagai generasi yang turut sama hadir bagi melahirkan sokongan. - Sumber


Terdapat lebih 60 kartunis termasuk naskhah asal lakaran tangan beberapa tokoh besar dalam landskap kartun tanah air iaitu Allahyarham Jab Had (Rejabhad), Zainal Buang Hussein, dan Jaafar Taib yang turut dipamerkan.


Jadi kepada peminat-peminat komik tanah air tu bolehlah luangkan masa berkunjung ke Rumah Kartun & Komik Malaysia ni untuk melihat sendiri hasil karya kartunis terulung tanah air kita. Memang mengimbau kenangan sangat bila jumpa balik karya-karya kartun dan komik-komik lama ni. Salah satu yang menjadi favourite zaman kecik-kecik dulu, majalah Gila-Gila.










Korang boleh berkunjung ke MCCH bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada setiap hari bekerja. Manakala pada setiap hujung minggu dan cuti umum, waktu kunjungan dilanjutkan sehingga ke pukul 5.00 petang. Bayaran untuk masuk pun sangat murah dan berbaloi iaitu hanya RM10 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.


*Artikel Penuh : Sumber


Jangan lupa support karya-karya kartun dan komik tanah air kita! 

LIKE & FOLLOW :





Thank you.💋
Read More >>

UNBOXING : Royal V By Jamu Ratu Malaya

Assalamualaikum. Hye guys!

Hari ni just nak belanja video Zeza unboxing produk Royal V dari Jamu Ratu Malaya! Zeza sebenarnya teruja sangat nak unbox dan cuba sendiri produk ni tau. Sebab apa? Semestinya kerana manfaat dan kebaikannya yang diramu khusus untuk kesihatan dalaman wanita. Dikuasakan pula dengan penggunaan bahan-bahan aktif semulajadi dalam penghasilannya yang memang diperakui khasiatnya dalam penjagaan kesihatan dari dalam.

Jom tengok Zeza unbox dan cuba produk ni jom!



Sorry la kualiti bunyi dan pencahayaan video tak berapa cantik. Lama tak edit video plus kekurangan kelengkapan dan props. Ahahaha! In Shaa Allah, pelan-pelan sis cuba perbaiki gaya mutu dan keunggulan dalam pembikinan video naa. Semoga terlahirlah video-video yang lebih elok, segak, dan indah kejadiannya di masa hadapan. Kah! ^0^”

Yang pastinya Royal V memang sedap sangat korang. Rasa macam nak togok je terus. Hehe.. Semoga istiqamahlah hendaknya demi untuk kesihatan dalaman. Aminn.. Nanti lepas dah consume produk ni sampai habis, In shaa allah Zeza akan buat review.

Kalau korang berminat untuk dapatkan Royal V atau produk-produk keluaran Jamu Ratu Malaya yang lain, boleh klik link di bawah. Jangan lupa subscribe to my channel untuk latest video update! (KLIK SINI UNTUK SUBSCRIBE). Thank you sudi baca!💋



Facebook : 

Whatsapp :
+60 13-245 3182 (Atiqah)
+60 19-697 2154 (Mariani)


Read More >>

REVIEW : Wee Baby Hair Serum – Pelebat Rambut Berasaskan Bahan Semulajadi

Assalamualaikum. Hye guys!



Bagi yang follow IG @zezayurika, hari tu Zeza ada share di insta story tentang satu produk untuk penjagaan rambut khusus untuk bayi dan kanak-kanak termasuk orang dewasa Wee Baby Hair Serum. Zeza ada janji juga nak share tentang serum ni di blog kan? So hari ni Zeza share dengan korang okay. Sebelum tu mohon maaf sangat-sangat sebab lambat update. Nak mencari waktu yang betul-betul lapang dan tenang tu memang bercinta sikit. ^..^||

Serum ni sebenarnya gift dari salah seorang rakan sekolah Zeza. Dah lama dah dapat tapi belum berkesempatan nak share di blog. So hari ni Zeza share apa dia Wee Baby hair Serum ni, apa kandungannya, dan apa manfaatnya untuk kita dan baby kita.


Wee Baby Hair Serum

Wee Baby Hair Serum adalah sejenis serum rambut yang dihasilkan dari kombinasi beberapa kekacang seperti badam dan makadamia serta ditambah baik pula dengan ekstrak dari lavender, rosemary, herba clary, dan kebaikan dari aloe vera yang berkualiti tinggi. Ianya selamat digunakdari bayi yang baru dilahirkan sehingga dewasa. 


Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Wee baby Hair Serum

Kebaikan dan manfaat Wee Baby Hair Serum:-
  • Dihasilkan dari sumber semulajadi
  • Berbau vanilla yang harum
  • Tidak berminyak dan cepat meresap
  • Sangat berkesan untuk pertumbuhan dan melebatkan rambut
  • Produk bumiputera

Cara penggunaan:-
  1. Picit 1-2 titik serum terus ke kulit kepala, diikuti urutan kecil membulat selama 10-15 saat.
  2. Biarkan kering dan tidak perlu dibilas.
  3. Sesuai digunakan pada waktu sebelum tidur.
Kandungan : 30 ml


#ReviewByZezaYurika

Sejujurnya Zeza jarang-jarang je apply serum ni sebab anak Zeza tak ada masalah bab rambut jarang ke apa. Rambut dia memang cepat tumbuh dan cepat panjang. Cuma Zeza apply sekali sekala untuk kesihatan dan kesuburan rambut dan kulit kepala anak Zeza. Since Zeza sendiri tak berapa boleh bau sangat bau campuran minyak-minyak kekacang ni. Mudah sakit kepala. That’s why la jarang apply.

Tapi, diakui serum ni memang bagus untuk kesihatan rambut. Tak kiralah untuk baby atau orang dewasa sekalipun. Kalau nak tau lebih lanjut tentang khasiat minyak kekacang yang digunakan untuk menghasilkan Wee Baby Hair Serum ni, bolehlah try google ye.




Kat mana nak dapatkan Wee Baby Hair Serum ni? Dulu kawan Zeza yang hadiahkan serum ni untuk baby Zeza memang ada jual. Tapi sekarang Zeza tak pasti samada dia masih jual lagi ke tak. But you guys boleh cuba contact kawan Zeza tu melalui link-link kat bawah ni ye.

Till then, jumpa lagi dalam entri yang lain. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan info bermanfaat untuk anda. Thank you sudi baca!💋






Read More >>

KECANTIKAN : 7 Cara Semulajadi Hilangkan Lemak Di Bawah Dagu & Leher

Assalamualaikum. Hye guys!

Dalam banyak-banyak masalah yang berkaitan dengan kecantikan wanita ni, salah satu yang menjadi perhatian adalah masalah double chin. Betul tak? Dah lah dagu berlapis, leher pula menggeleber. Aduhh, sadis rupa jadinya. Bukan nak cakap orangla, Zeza sendiri pun baru perasan ada masalah serupa. Selca punya selca, eh mana pergi dagu aku? Hilang! Hahaha! Inikah dinamakan cobaannnn?😅

Apa lagi? Kalut la menggoogle cari tips nak runcingkan dagu, nak hilangkan dagu berlapis, segala-gala yang berkaitan. Well, ada je cara yang mudah. Sekarang ni kan ada banyak produk untuk atasi masalah dagu berlapis. Tapi of courselah kena melabur lebih sikit kan untuk nak dapat produk best sebegitu. Ada bajet tak ada masalah, tapi kalau tengah kenipisan bajet kita cubalah cara alami dulu. Gituuu.. 

Google punya google, jumpalah beberapa tips ni. Jom baca & cuba sama-sama!

Masalah Lebihan Lemak Di Bawah Dagu Dan Leher


Lebihan lemak di leher atau biasanya di bahagian bawah dagu nyata menggangu bagi sebahagian individu walaupun kadangkala faktor genetik turut menjadi punca utama. Untuk menghilangkannya, ada beberapa cara selamat tanpa perlu menyedut lemak mahupun melakukan pembedahan plastik. Caranya adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi serta melakukan aktiviti yang dijamin sihat tanpa menimbulkan sebarang kesan sampingan yang merbahaya kepada tubuh.

7 Cara Semulajadi Hilangkan Lemak Di Bawah Dagu & Leher

1. Buat Masker Putih Telur


Masker dengan sebiji telur yang diambil bahagian putihnya sahaja ini merupakan idea yang bagus dan selamat. Cubalah untuk membuat sendiri masker wajah di rumah dengan satu sudu makan minyak peppermint, jus lemon, dan sebiji telur (ambil putihnya sahaja). Campurkan ketiga-tiga bahan ini, kemudian sapukan ke leher dan bahagian bawah dagu. Biarkan sehingga kering sepenuhnya kemudian bilaskan dan cuci dengan air bersih. Tisp ini jika dilakukan secara rutin, In Shaa allah dapat membantu memastikan leher anda kembali tegang.


2. Minum Banyak Air Putih


Nampak mudah dan ia sering disarankan ketika seseorang hendak mengurangkan lemak di dalam tubuh. Jangan menganggap langkah ini remeh kerana bertambahnya amalan anda mengambil minuman air putih setiap hari maka lemak akan terkikis dengan sendirinya. Inilah caranya untuk anda menghilangkan lemak di leher dan di bawah dagu dengan cara yang paling mudah tanpa memudaratkan. Bonus! Kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan berseri.


3. Lakukan Senaman Dagu Dan Leher


Senaman dagu dan leher sememangnya sangat baik dan efektif untuk mengurangkan lemak di bahagian ini. Anda hanya perlu memusingkan leher anda memgikut arah jam, kemudian lakukan gerakan secara lawan arah jam seperti ketika pemanasan sebelum melakukan senaman berat. Gerakan ini boleh dilakukan berkali-kali. Selepas itu anda sambung dengan membuka selebar-lebarnya mulut dan tutup kembali mulut anda. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Lemak yang ada di leher dan dagu pasti akan berkurang.


4. Kunyah Gula-Gula Getah


Lakukan amalan mengunyah gula-gula getah kerana kekerapannya boleh membuatkan otot leher dan wajah anda nampak tegang. Bahkan amalan ini juga membantu untuk mengurangkan lemak yang bertimbun di bawah dagu dan bahagian leher. Walau bagaimanapun, terlalu sering mengunyah gula-gula getah juga boleh menyebabkan kadar gula dalam badan meningkat. Maka adalah lebih baik anda memilih gula-gula getah yang bebas gula agar ia selamat untuk tubuh badan anda.


5. Minum Air Teh Hijau


Apabila anda mengamalkan minum teh hijau secara teratur, metabolisme tubuh badan anda akan meningkat sekaligus membantu dalam pembakaran lemak di dalm tubuh termasuk di bahagian leher. Teh hijau kaya dengan sifat antioksidan dan ia secara tidak langsung adalah sangat baik untuk menyahtoksin dari dalam tubuh anda.


6. Buat Masker Coklat Hitam


Coklat hitam khususnya dapat dimanfaatkan sebagai masker wajah dan leher. Gunakan bahan tang selamat dan semulajadi ini untuk menegangkan bahagian wajah serta leher. Mungkin anda kurang biasa, namun ia sangat disyorkan kerana kesannya sangat baik dalam meningkatkan proses aliran darah sehingga larutan lemak yang ada di dalam tubuh menjadi lancar. Ulit leher juga dapat dicegah dari menjadi kendur kerana ketegangan kulit dapat dipertingkatkan dengan cara menghilangkan lemak di leher ini.


7. Banyakkan Ketawa Dan Bercakap


Cara menghilangkan lemak di leher belakang dan depan salah satunya adalah dengan aktif  ketawa dan bercakap. Memang masuk akal sebenarnya kerana dengan ketawa dan bercakap, otot leher dan wajah secara automatik akan dilatih untuk menjadi semakin tegang. Ketika kulit menegang, secara automatik ia membantu untuk mengusir lemak-lemak yang ada pada bahagian leher termasuk di bawah dagu.

Ha, dah baca sampai habis? Macam menarik dan mudah kan? Kos pun murah. So jomlah kita cuba sama-sama. Paling mudah part senaman tu. Sambil-sambil buat kerja kat ofis pun boleh buat ye tak. Take 5 then buatlah senaman yang disarankan tu. Sekejap-sekejap pun tak apa, tapi kerapkan lakukannya. Bila dah jadi rutin, tak jadi masalah langsung pun nanti. Nak mula buat tu je liat lemau sikit. Hahahha!

Diharap entri ini memberi manfaat buat semua. Selamat mencuba & mencantikkan diri!


Thank you sudi baca!💋
*Credit Info : Pesona Pengantin

*Credit Image : Google


Read More >>

GB Network Solutions - Malaysia’s Number 1 Web Hosting Provider


Assalamualaikum. Hye guys!


Hari ni Zeza nak share kat mana Zeza beli domain for my blogs. Sekarang ni Zeza dah ada 2 blog berdaftar dengan domain dot com. Dua2 ni Zeza register under GB Network Solutions.

So far Zeza berpuas hati dengan servis yang disediakan. Harga pun bagi Zeza sangat berbaloi. Zeza just register domain sahaja. Dia ada provide untuk hosting lain pebenda ntah Zeza pun tak pandai nak cerita sangat. Benda2 networking bla bla ni serius Zeza tak tau sangat. Nak tahu lanjut kenalah tanya pada yang lebih arif okay. ^^,

New rate for domain registration hanya RM45 setahun. So kita kena renew annually la. Korang rasa berbaloi tak rate macam ni? Bagi Zeza okla kot. Support team diorang pon sangat membantu if we have any problems regarding our purchase or any problems regarding networking ni semua sebab nanti kita akan diberi satu akaun untuk kita login (Client Area). So kat situ nanti kita boleh la check bila kita punya domain akan expired. Apa2 problem boleh direct dengan support team diorang. Kita just perlu open ticket je untuk ajukan berkenaan sebarang pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan.

Janganlah korang pergi open ticket cari jodoh pulak. Aiyooo, matilanakkk.. ^o^||

Macam masa Zeza baru2 register domain www.zezayurika.com ni pon ada problem nak setup. Hantar je ticket kat diorang, nanti diorang punya technical support team akan bantu. Alhamdulillah, setel semua within few days je.

Actually okay je kalau u guys nak guna blogspot.my ni. Tak ada masalah pun. Depends la atas masing2 kan. Zeza just share sebagai informasi kepada sesiapa yang berminat nak register domain untuk website atau blog. Bolehlah cuba contact GB Network Solutions. Diharap entri ini bermanfaat untuk semua.


Okaylah, that’s all for today! Till next update. Assalamualaikum. Bye!


Thank you.💋


Read More >>