REVIEW : Green Tea Mint Face Scrub & Green Tea Bubble Mask BY HER INSPIRE

Assalamualaikum. Hye guys!


Pernah dengar atau pernah tak guna scrub wajah dari ekstrak teh hijau Greentea Mint Face Scrub dan juga mask teh hijau letop2? Haa, kalau belum pernah dengar atau pernah dengar tapi belum pernah cuba, jom Zeza share dengan korang review dari Zeza sendiri tentang dua produk best ni.


Green Tea Mint Face Scrub By Her Inspire
Green Tea Mint Face Scrub merupakan produk buatan bumiputera muslim Malaysia yang mendapat kelulusan KKM. Diformulasikan dari bahan semulajadi yang membantu kulit kembali muda. Ianya sesuai untuk kulit normal, kombinasi, berminyak, kering, mahu pun kulit sensitif.

Green Tea Mint Face Scrub ini sesuai untuk membantu mengatasi semua masalah kulit yang dialami oleh wanita mahu pun lelaki.

Her Inspire

Antara masalah-masalah kulit wajah yang dapat diatasi dengan Green Tea Mint Face Scrub ini adalah :

  • Mengatasi kedutan halus (anti-penuaan)
  • Mengecutkan jerawat
  • Memudarkan parut
  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  • Mengurangkan eyebag
  • Menghilangkan sunburn
  • Mengatasi masalah pori-pori tersumbat
  • Menghilangkan panau dan biji kolestrol


Kandungan Green Tea Mint Face Scrub :

  • Papermint (daun pudina)
  • Walnut (kacang walnut)
  • Argan oil (minyak argan)
  • Stemcell (sel stem)
  • Green Tea (teh hijau)


Green Tea Bubble Mask By Her Inspire

Kelebihannya Green Tea Bubble Mask By Her Inspire :

  • Mengangkut keluar kotoran atau minyak yang berlebihan yang menyumbat liang-liang pori wajah
  • Memberi kesegaran, kelembapan, dan kelembutan pada kulit wajah
  • Menjadikan kulit wajah lebih sihat, glowing, dan lebih cerah
  • Membantu menyingkirkan sel kulit mati dan kusam tanpa penggelupasan dan mengeringkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan dan memudarkan garis-garis halus pada wajah
  • Terbukti dapat membantu mengecutkan dan dan mengawal kehadiran jerawat pada kulit wajah
  • Menghilangkan lebam (eyebag) bawah mata
  • Memberi lebih nutrisi pada kulit wajah supaya sentiasa kelihatan awet muda

By Her Inspire

REVIEW BY ME :
Zeza memang sukakan produk kecantikan yang ada ekstrak teh hijau ni. Sebab teh hijau ni salah satu kebaikannya adalah sebagai antioksidan yang bagus untuk kulit. Antioksidan ni fungsi dia kalau dalam produk-produk penjagaan wajah adalah membantu menentang radikal bebas. Sama juga dalam makanan tambahan. Tapi kalau dalam produk-produk makanan tambahan, ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita di samping menentang radikal bebas dari dalam. Haa, gituuu.

Tekstur Green Tea Mint Face Scrub - Lembut, Wangi, Gentle To Skin

So far kedua-dua produk ni Zeza memang suka sangat especially Green Tea Mint Face Scrub. Scrub ni tiap kali lepas pakai, kulit serta merta terasa lebih lembut, mulus, dan licin. Liang-liang pori pun jadi lebih kecil. Kalau rajin guna, jerawat-jerawat cepat sangat kecut. Lepas tu jerawat susah nak muncul balik. Tu kalau selalu guna la. Kalau malas-malas, wassalam la jawab dia. ^_^"

Zeza selalu apply waktu pagi lepas cuci muka semua. Atau pun sebelum nak apply makeup. Biasanya kalau ada apa-apa function or event tertentu Zeza akan scrub dulu muka guna green tea scrub ni, then tepek bubble mask. Lepas tu baru apply makeup.


Oh ya! Bubble mask ni kan seronok pakai. Hahaha! Bila apply kat muka, dia akan keluar buih-buih lembut. Korang just tunggu je buih-buih tu kering sendiri sebelum bilas dengan air bersih. Kenapa Zeza panggil dia mask letop2? Haa, sebab sesambil dia nak mengering tu kan korang akan dengar bunyi letop-letop kecil di muka korang. Rasa geli-geli gituu muka.Tihihi!

So far Zeza memang puas hati la dengan produk-produk By Her Inspire ni. Zeza bagi 4 out 5 stars untuk produk ni. Repurchase? YES of course! 

Jadi untuk korang yang nak cuba produk ni, bolehlah contact link yang Zeza sertakan di akhir entri ini. Sebelum tu jom Zeza belanja dulu video cara-cara menggunakan Green Tea Mint Face Scrub dan Green Tea Bubble Mask ni.

Selamat mencuba & jangan lupa subscribe to my channel! ^_~




Untuk Maklumat Lanjut, Pertanyaan atau Pembelian Produk, Sila Hubungi :
Facebook : Syafienaz Bakhid
Contact : 010-290 4651




Thank you sudi baca! Jangan lupa tinggalkan komen..💋


18 comments

  1. wah, bagusnya. suka bau green tea..fresh sangat :)

    ReplyDelete
  2. saya pun,suka mask2 ni bila hari cuti...nnti boleh cuba green tea mask yg KekZa suggest ni...

    ReplyDelete
  3. saya pun,suka mask2 ni bila hari cuti...nnti boleh cuba green tea mask yg KekZa suggest ni...

    ReplyDelete
  4. wah.. geram je tengok scrub dia.. ada biji2 halus tu.. kalau ada mint maknanya sejuk la bial pakai yea? bau dia sedap tak?

    ReplyDelete
  5. Macam-macam produk. Tapi produk ni baru 1st time dengar. Macam best jer.

    ReplyDelete
  6. Sal suka gak produk yang berasaskan greentea ni...tambah pulak ada mint ..teruja lak nak try

    ReplyDelete
  7. Tengok je dah dpt rasa bau dia mesti wangi kan. Nampak menarik tertarik sgt.

    ReplyDelete
  8. Macam best ja, siap letops-letops kat muka lagi. Lain dari yang lain nie..

    ReplyDelete
  9. Dah la kita suka dengan green tea.. Ada gak yang try ni

    ReplyDelete
  10. Bestnyaa, Indah memang suka mint mint nii, tetambah scrub, fefeeling sejuk je nanti haha

    ReplyDelete
  11. Green tea.. Yana suka bau macam nie

    ReplyDelete
  12. Tak pernah nampak produk ni, Tak sabar nak tau feedback nye he he he ok ke tak?

    ReplyDelete
  13. Menarik nampak tekstur green tea mint scrub ni...rasa nak cuba juga

    ReplyDelete
  14. sekali tengok macam the face shop punya packaging. eh tapi lain. tapi nampak lagi menarik sebab ingredients dia semua (maybe sebab ida minat green tea kot) hehe

    ReplyDelete
  15. First time dengar nama produk ni. Tapi teringin nak cuba sebab suka manjakan kulit muka dengan masker.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  16. Green tea memang bagus untuk kecantikan kan.nak terjah la ig.berkenan boleh grab 1.hehehe

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comments Here. Thank You!