JJCM : Gerai Roti Canai Ijam, Taman Temara, Ipoh

Assalamualaikum. Hye guys!

Kali ni Zeza bersiaran dari kampung sebelah suami di Ipoh. Macam biasalah, kalau balik kampung tak kiralah kampung belah Zeza atau belah suami, pasti kitorang tak lepaskan peluang untuk jalan-jalan cari makan. Ya Allah, makanan kenegerian ni kan dia punya sedap tu memberikan kegembiraan tau. Hahaha! Even makanan tu kat KL or kat mana-mana pun boleh dapat tapi maybe sebab feeling balik kampung tu kan, dia bagi feel lain macam sikit. Kegembiraan berganda begituhhhh..^^,

So pagi ni weols sekeluarga bersarapan di Gerai Roti Canai Ijam. Ada yang panggil Warung Roti Canai Ijam. Tak kisahlah mana-mana pun, yang pasti lokasinya adalah lokasi yang sama. Gerai ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Surau Ar-Rahman Taman Temara Sri Kinta di Ipoh Perak.

Tak jauh sangat dengan rumah MIL Zeza. So memang selalu jadi port kitorang bersarapan lah kat sini ni. Kat sini ada pelbagai jenis roti canai. Roti canai diorang ni lembut tau. Tapi garing di luar. Specialnya ia dicanai oleh anak-anak muda yang cukup berbakat. Bagus, muda-muda tebar roti cari rezeki. Roti Tampal Goyang dia pergh! Terbaik! Selain roti canai, ada juga makanan lain seperti nasi lemak dan lain2. 

Zeza tak sempat nak snap gambar tapi Zeza ada rakam video pendek untuk tatapan korang. Makanan dah habis kena bedal baru teringat nak rakam video. Ya rabbana.. (tepuk dahi)..


So bagi yang berdekatan atau yang kebetulan datang ke Ipoh tu bolehlah mencuba ye. Okay sampai sini dulu entri JJCM Zeza hari ni. Next ada 1 lagi tempat makan best kat ipoh ni yang Zeza baru cuba semalam. Nanti zeza share dalam next entri k. Till then, bubai!😘

Thank you sudi baca!💋



12 comments

  1. Ok..nanti kalau sampai ipoh,kita cari roti canai sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Roti tampal goyang gak pernah dengar dan cuba.nanti boleh cubalah kalau datang singgah sini

    ReplyDelete
  3. mesti sedap kan roti canai tu .. Sal memang kaki roti canai jugak...mana tau nanti ter'singgah Ipoh boleh try gak

    ReplyDelete
  4. Nanti kalau Kak Sue ke Ipoh boleh la cuba makan kat sini..

    ReplyDelete
  5. Nanti share yea tmpt makan kat Ipoh..Sebab husband org Ipoh..so mmg selalu la balik ke Ipoh tu..Rumah mak saya pun kat area S.Siput tu..kira dekat la nak cari tempat makan area Ipoh ni..tapi selalu kebuntuan..haha

    ReplyDelete
  6. OO>. dekat sri kinta ya kedai roti canai ni.. TB pernah pi sekali je sri Kinta tu.. tu pun sebab gi kenduri kawan kawen.. nanti kalau pi situ lagi.. boleh la pi singgah kedai ni..

    ReplyDelete
  7. Dah boleh byg sedapnya makan roti garing dekat luar tapi masih lembut didalam. Susah nk jumpa skrg ni tau. Tetiba teringin nk makan roti canai pulak.huhu

    ReplyDelete
  8. Wah boleh la wiken ni Marsha pegi terjah...Marsha memang tinggal kat ipoh

    ReplyDelete
  9. Sedap yea roti canai dekat situ.. Nak singgahlah nanti kalau ke Ipoh... Bonde pon suka JJCM juga he he he

    ReplyDelete
  10. Boleh cuba roti canai ni kalau lia gerak pergi ipoh. lama x pergi sana.

    ReplyDelete
  11. nasi lemak pun nampak sedap dalam video tu
    roti canai pun nampak sedap
    hahaha semua sedap nampaknya

    ReplyDelete
  12. uish. sedapnya dapat jjcm. roti canailah baru betul malaysian hehe

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comments Here. Thank You!