REVIEW : Dyxy Cosmetics - Revolusi Make Up Terbaru Dari Korea

Assalamualaikum. Hye guys!


Hari ni Zeza nak review tentang produk kecantikan Dyxy Cosmetics. Untuk kali ni Zeza akan review 3 produk dari rangkaian Dyxy Cosmetics iaitu Dyxy BC Cream Foundation (kod natural), Dyxy Green Tea Mineral Face Mist, dan Dyxy Brush.

Dyxy Green Tea Mineral Face Mist
Ini adalah produk yang paling Zeza suka dari rangkaian kosmetik Dyxy. Sebab apa tau? Sebab ia bukan sekadar face mist tetapi ia mengandungi mineral yang sangat bagus untuk kulit muka kita. Ia membantu kulit kita dari masalah jerawat dan kulit kusam. 

Zeza memang ada masalah kulit yang sedikit kering dan kusam. So Zeza selalu guna mineral face mist ni untuk bantu kurangkan masalah kulit kusam Zeza. Biasanya Zeza akan gunakan waktu sebelum tidur dan setiap kali lepas cuci muka. 

Lagi satu Zeza suka face mist ni adalah sebab kandungan ekstrak teh hijau yang ada di dalamnya. Teh hijau ni umum pun tahu kan, ia merupakan salah satu agen antioksidan yang baik untuk menentang radikal bebas termasuk perlindungan dari sinaran UV. Bau dia pun best sangat! Wangi teh hijau, rasa fresh je tiap kali lepas spray ke muka.

Dyxy Green Tea Mineral Face Mist

Dyxy BC Cream Foundation
BC cream foundation ni adalah revolusi make up terbaru dari korea yang menggunakan BB Cream dan concealer. Ia diformulasi dari mineral dan ekstrak arbutin yang berupaya menjadikan tona kulit lebih sekata serta membantu merawat kulit. Formulasi baru 'BB Cream + Concealer' ini menjadi perfect foundation untuk yang inginkan full coverage tapi tak ada masa atau tak sempat nak make up lama. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kusam, sensitif, dan liang pori terbuka.

BC Cream ni ada 2 kod iaitu kod natural dan beige. Untuk ton kulit medium tan macam Zeza ni, Zeza gunakan kod natural. Untuk yang kulit cerah boleh guna kod beige. Ini adalah foundation kedua Zeza yang dalam bentuk cream. So far okay. Coverage dia bagus, tak melekit & tak berminyak. Untuk daily makeup apply nipis-nipis pun dah okay. Tak perlu tepek banyak-banyak.

Dyxy BC Cream Foundation (Kod Natural)

Dyxy Face Brush
Okay, ini adalah berus foundation pertama Zeza. Sebelum ni apply foundation guna span je. Tak pernah lagi apply guna berus. So apa yang Zeza boleh bagitau, sebenarnya bila guna berus ni lagi jimat foundation kita. Berus dia padat, memang cepat nak blend foundation. Tapi lepas dah guna ni, Zeza akan fixkan balik dengan beauty blender untuk sapuan yang lebih sekata.

Dyxy Face Brush

Zeza dah gunakan produk ni hampir 5 bulan. Setakat ni tak ada apa-apa masalah berkaitan kulit muka. So for my personal rate, Zeza boleh bagi 4 out of 5 stars untuk produk ni.

Set Basic Lady Dyxy Cosmetics

Bagi korang yang nak cuba produk ni, bolehlah contact link yang Zeza sertakan di akhir entry ini. Sebelum tu Zeza belanja dulu video TUTORIAL : Simple Daily Make Up dengan menggunakan asas set 3 in 1 Dyxy Cosmetics ni. 

Selamat menonton & jangan lupa subscribe to my channel! ^_~





Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi :
Instagram : dyxycosmeticsbysaira
Contact : 019-918 7252



Thank you for your time reading this entry!💋


3 comments

  1. kat ig memang ramai org review produk dyxy ni. dulu pun pernah try pakai dia punya face mist, memang best!

    ReplyDelete
  2. Duk usha lama juga Dyxy ni, ingat nak beli utk hantaran , hehe.

    ReplyDelete
  3. Ramai dah review produk dyxy ni best...de juga usha dyxy ni..nti nak beli juga

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comments Here. Thank You!