JJCM : Miker Cafe, Ipoh Padang, Ipoh

Assalamualaikum. Hye guys!

Seperti yang Zeza janjikan dalam entri sebelum ni, kali ni Zeza nak share satu lagi tempat makan yang bagi Zeza worth to try bila datang ke Ipoh. Nama tempatnya ialah Miker Cafe. Miker Cafe ni terletak betul2 berhadapan dengan Ipoh Padang. Well I don’t really know kenapa diorang panggil Ipoh padang instead of padang Ipoh. 

Ada tanya husband orang sana memang panggil Ipoh Padang ke? Katanya yes, memang orang panggil Ipoh Padang. Tapi kalau orang luar selalu panggil padang Ipoh. Tak kisahlah janji ada padang2 tu ye lah tu. Hahaha!

Ini kali pertama Zeza & suami dibawa makan ke Miker Cafe. Mother in law belanja. Yeahuuu! First impression, menarik juga tempat ni. Kalau datang waktu petang macam kitorang masa tu, sambil2 makan dan minum tu bolehlah layan tengok orang tengah bersukan di padang. Menu2 dia pun ada banyak pilihan termasuk masakan panas, goreng2, western dan lain2. Semua nampak menarik.

Mother in law makan chicken chop kalau tak silap dengan mix fruit. Husband Zeza makan Spagheti Carbonara dengan air lemon tea ice kot. Lupa dah. Hahah! Zeza pula makan Beef Bolognese Spagheti dengan mix fruit. Mix fruit ni sejenis minuman tau. Dihidangkan dalam mangkuk. Ala2 macam bingsu atau abc jugak. Cuma bezanya dia penuh dengan pelbagai campuran buah-buahan. Buah2 dia pulak tu fresh2. 

Memang puas hati sungguh lah dapat minum. Cuma dia punya rasa asas tu maybe berlainan setiap hari. Sebab my mother in law kata sebelum tu dia minum perisa oren. Tapi time kitorang pergi hari tu dapat perisa honey dew. My mother in law prefer lagi yang rasa oren, but Zeza okay je perisa apa2 pon sebab dah dikaburi dengan timbunan buah-buahan yang melazatkann. Tihihi!

So sad, tak snap gambar jugak. Sebab talipon masa tu ada dengan anakandaku. Tengah khusyuk melayan moananya. Tak nak kacau. Maka tiadalah gambar makanan yang kitorang makan hari tu. Tapi Zeza sempat rakam short video di sekitar Miker Cafe ni untuk tatapan subscriber youtube Zeza dan juga untuk korang yang membaca blog ni. So enjoy the video k! Jangan lupa subscribe to my youtube channel for more video updates!😘



Thank you sudi baca.💋

No comments

Kindly Leave Your Comments Here. Thank You!