KECANTIKAN : 7 Cara Semulajadi Hilangkan Lemak Di Bawah Dagu & Leher

Assalamualaikum. Hye guys!

Dalam banyak-banyak masalah yang berkaitan dengan kecantikan wanita ni, salah satu yang menjadi perhatian adalah masalah double chin. Betul tak? Dah lah dagu berlapis, leher pula menggeleber. Aduhh, sadis rupa jadinya. Bukan nak cakap orangla, Zeza sendiri pun baru perasan ada masalah serupa. Selca punya selca, eh mana pergi dagu aku? Hilang! Hahaha! Inikah dinamakan cobaannnn?😅

Apa lagi? Kalut la menggoogle cari tips nak runcingkan dagu, nak hilangkan dagu berlapis, segala-gala yang berkaitan. Well, ada je cara yang mudah. Sekarang ni kan ada banyak produk untuk atasi masalah dagu berlapis. Tapi of courselah kena melabur lebih sikit kan untuk nak dapat produk best sebegitu. Ada bajet tak ada masalah, tapi kalau tengah kenipisan bajet kita cubalah cara alami dulu. Gituuu.. 

Google punya google, jumpalah beberapa tips ni. Jom baca & cuba sama-sama!

Masalah Lebihan Lemak Di Bawah Dagu Dan Leher


Lebihan lemak di leher atau biasanya di bahagian bawah dagu nyata menggangu bagi sebahagian individu walaupun kadangkala faktor genetik turut menjadi punca utama. Untuk menghilangkannya, ada beberapa cara selamat tanpa perlu menyedut lemak mahupun melakukan pembedahan plastik. Caranya adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi serta melakukan aktiviti yang dijamin sihat tanpa menimbulkan sebarang kesan sampingan yang merbahaya kepada tubuh.

7 Cara Semulajadi Hilangkan Lemak Di Bawah Dagu & Leher

1. Buat Masker Putih Telur


Masker dengan sebiji telur yang diambil bahagian putihnya sahaja ini merupakan idea yang bagus dan selamat. Cubalah untuk membuat sendiri masker wajah di rumah dengan satu sudu makan minyak peppermint, jus lemon, dan sebiji telur (ambil putihnya sahaja). Campurkan ketiga-tiga bahan ini, kemudian sapukan ke leher dan bahagian bawah dagu. Biarkan sehingga kering sepenuhnya kemudian bilaskan dan cuci dengan air bersih. Tisp ini jika dilakukan secara rutin, In Shaa allah dapat membantu memastikan leher anda kembali tegang.


2. Minum Banyak Air Putih


Nampak mudah dan ia sering disarankan ketika seseorang hendak mengurangkan lemak di dalam tubuh. Jangan menganggap langkah ini remeh kerana bertambahnya amalan anda mengambil minuman air putih setiap hari maka lemak akan terkikis dengan sendirinya. Inilah caranya untuk anda menghilangkan lemak di leher dan di bawah dagu dengan cara yang paling mudah tanpa memudaratkan. Bonus! Kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan berseri.


3. Lakukan Senaman Dagu Dan Leher


Senaman dagu dan leher sememangnya sangat baik dan efektif untuk mengurangkan lemak di bahagian ini. Anda hanya perlu memusingkan leher anda memgikut arah jam, kemudian lakukan gerakan secara lawan arah jam seperti ketika pemanasan sebelum melakukan senaman berat. Gerakan ini boleh dilakukan berkali-kali. Selepas itu anda sambung dengan membuka selebar-lebarnya mulut dan tutup kembali mulut anda. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Lemak yang ada di leher dan dagu pasti akan berkurang.


4. Kunyah Gula-Gula Getah


Lakukan amalan mengunyah gula-gula getah kerana kekerapannya boleh membuatkan otot leher dan wajah anda nampak tegang. Bahkan amalan ini juga membantu untuk mengurangkan lemak yang bertimbun di bawah dagu dan bahagian leher. Walau bagaimanapun, terlalu sering mengunyah gula-gula getah juga boleh menyebabkan kadar gula dalam badan meningkat. Maka adalah lebih baik anda memilih gula-gula getah yang bebas gula agar ia selamat untuk tubuh badan anda.


5. Minum Air Teh Hijau


Apabila anda mengamalkan minum teh hijau secara teratur, metabolisme tubuh badan anda akan meningkat sekaligus membantu dalam pembakaran lemak di dalm tubuh termasuk di bahagian leher. Teh hijau kaya dengan sifat antioksidan dan ia secara tidak langsung adalah sangat baik untuk menyahtoksin dari dalam tubuh anda.


6. Buat Masker Coklat Hitam


Coklat hitam khususnya dapat dimanfaatkan sebagai masker wajah dan leher. Gunakan bahan tang selamat dan semulajadi ini untuk menegangkan bahagian wajah serta leher. Mungkin anda kurang biasa, namun ia sangat disyorkan kerana kesannya sangat baik dalam meningkatkan proses aliran darah sehingga larutan lemak yang ada di dalam tubuh menjadi lancar. Ulit leher juga dapat dicegah dari menjadi kendur kerana ketegangan kulit dapat dipertingkatkan dengan cara menghilangkan lemak di leher ini.


7. Banyakkan Ketawa Dan Bercakap


Cara menghilangkan lemak di leher belakang dan depan salah satunya adalah dengan aktif  ketawa dan bercakap. Memang masuk akal sebenarnya kerana dengan ketawa dan bercakap, otot leher dan wajah secara automatik akan dilatih untuk menjadi semakin tegang. Ketika kulit menegang, secara automatik ia membantu untuk mengusir lemak-lemak yang ada pada bahagian leher termasuk di bawah dagu.

Ha, dah baca sampai habis? Macam menarik dan mudah kan? Kos pun murah. So jomlah kita cuba sama-sama. Paling mudah part senaman tu. Sambil-sambil buat kerja kat ofis pun boleh buat ye tak. Take 5 then buatlah senaman yang disarankan tu. Sekejap-sekejap pun tak apa, tapi kerapkan lakukannya. Bila dah jadi rutin, tak jadi masalah langsung pun nanti. Nak mula buat tu je liat lemau sikit. Hahahha!

Diharap entri ini memberi manfaat buat semua. Selamat mencuba & mencantikkan diri!


Thank you sudi baca!💋
*Credit Info : Pesona Pengantin

*Credit Image : Google


1 comment

Kindly Leave Your Comments Here. Thank You!