REVIEW : MCCH – Malaysia Comics & Cartoons House

Assalamualaikum. Hye guys!


Malaysia Comics & Cartoons House atau Rumah  Kartun & Komik Malaysia terletak di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur dan mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 1 April 2017. Galeri yang mengumpul lebih 500 karya seawal tahun 30-an ini dirasmikan oleh Ikon Kartunis Negara, Datuk Mohd. Noor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Majlis tersebut juga turut dimeriahkan oleh lebih 80 kartunis dari pelbagai generasi yang turut sama hadir bagi melahirkan sokongan. - Sumber


Terdapat lebih 60 kartunis termasuk naskhah asal lakaran tangan beberapa tokoh besar dalam landskap kartun tanah air iaitu Allahyarham Jab Had (Rejabhad), Zainal Buang Hussein, dan Jaafar Taib yang turut dipamerkan.


Jadi kepada peminat-peminat komik tanah air tu bolehlah luangkan masa berkunjung ke Rumah Kartun & Komik Malaysia ni untuk melihat sendiri hasil karya kartunis terulung tanah air kita. Memang mengimbau kenangan sangat bila jumpa balik karya-karya kartun dan komik-komik lama ni. Salah satu yang menjadi favourite zaman kecik-kecik dulu, majalah Gila-Gila.










Korang boleh berkunjung ke MCCH bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada setiap hari bekerja. Manakala pada setiap hujung minggu dan cuti umum, waktu kunjungan dilanjutkan sehingga ke pukul 5.00 petang. Bayaran untuk masuk pun sangat murah dan berbaloi iaitu hanya RM10 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.


*Artikel Penuh : Sumber


Jangan lupa support karya-karya kartun dan komik tanah air kita! 

LIKE & FOLLOW :





Thank you.💋

4 comments

  1. nanti ada masa nak pergi sini lah

    ReplyDelete
  2. Bestnya.ada peluang memang nak datang sini.majalah gila gila tih suka baca dulu tau.kelakar

    ReplyDelete
  3. Lagi ingat dulu punya comic skrg pun susah nak cari
    lizz

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comments Here. Thank You!